18.9.13

KEMULIAAN DI CARI MU

"kamu mulia kerana orang sekeliling kamu hina"

semua manusia inginkan kemuliaan dalam segenap aspek kehidupan. kadangkala hidup seharian akan rasa kekurangan sekiranya tiada pujian. maka niat ikhlas akan terhakis tanpa sedar. orang yang betul2 memahami sesuatu sistem ialah orang yang menciptanya. orang yang datang selepas itu tidak akan memahami 100% sistem yang sedia ada. demi memuaskan hati pemilik sistem, bermacam suapan dilakukan. 

mulia di mata manusia tidak semestinya mulia di mata Tuhan. kemuliaan yang ingin digapai manusia ialah ketinggian di mata manusia. konsep itu sangat menyalahi sifat pengabdian kita kepada Tuhan. seharusnya manusia mencari kemuliaan di mata Tuhan terlebih dahulu.

apabila kamu mulia di mata Tuhan, semua manusia akan menyanjung mu. 

1 comment:

  1. apabila kamu mulia di mata Tuhan, semua manusia akan menyanjung mu.

    ReplyDelete