7.10.13

IJTIMA TARBAWI 3.0

kembara ini bukan kembara biasa. jumaat malam, menerima mesej supaya berkumpul untuk bincang pasal pengangkutan ke program ijtima. aku dilema antara program social service di zoo negara dan program ijtima. sukarnya untuk aku mengungkapkan keputusan disaat semua orang meletakkan harapan dibahuku. segala keputusan diserahkan kepada pemilik alam.

subuh sabtu, bergerak ke tempat ijtima di johor. apabila bertembung dua kebaikan, maka pilih yang terbaik. dengan niat untuk berubah, segala usaha diserahkan pada tuhan. dia berhak memberi keputusan.

pagi ahad, dimaklumkan program social servis berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran timbalan pengarah (aku). air mata hampir menitis. betapa dekatnya allah dengan makhluknya disaat kita memerlukannya. 

No comments:

Post a Comment