24.10.13

KONSELING

jurusan sejarah di iium tidak menawarkan pengalaman tentang kaunseling dan bimbingan. sy mengambil inisiatif untuk memilih skill kaunseling untuk belajar memahami cara membimbing manusia di sekeliling. mungkin suatu hari nanti saya boleh gunakan skill ini untuk mententeramkan pelajar yang stress.

minggu pertama saya belajar tentang open and close sharing. prof suruh kami (dalam kumpulan) untuk berkongsi tentang perihal diri sendiri berdasarkan point yang diberi. kami kurang bercakap kerana rasa percaya masih kurang. selepas habis sesi satu, kami diberi peluang untuk berkongsi apa saja yang kami mahu tanpa sebarang teks, point.

hasilnya kami lebih terbuka untuk berkongsi tentang perihal diri. kami ketawa, senyum dan ceria. pengajarannya, manusia lebih suka untuk berkongsi apabila tidak rasa dikongkong. 

minggu kedua kami melakukan tour ke bilik kaunseling. biliknya sangat cantik dan kondusif dan teramatlah sesuai untuk kita meluahkan perasaan. pemilihan warnanya sangat lembut dan tenteram. 

2 comments: