23.11.11

AKU dan FIQH KEUTAMAAN


Malam ini aku belajar mengenal dan mengamalkan fiqh awlawiyyat/keutamaan. Walaupun sudah lama aku belajar tentang fiqh ini tapi aku masih belum boleh mempraktikkannya dengan sempurna. Ramai manusia boleh bercakap pasal fiqh ini tapi tak ramai yang mengamalkannya apabila betul-betul berada dalam situasinya. Semestinya manusia akan lebih memilih kepentingan manusia melebihi kepentingan Allah. Apabila disuruh untuk memilih antara manusia dan tuhan, pastinya di mulut berkata tuhan tapi amalan lebih kepada keutamaan manusia. Manusia akan lebih mengutamakan manusia kerana cinta manusia boleh dilihat dengan mata kasar. Kamu tolong manusia hari ini, besok dia akan tolong kamu. Ketahuilah wahai kawanku, cinta allah azza wa jalla lebih besar dari itu. Hari ini kamu mencintai allah, kamu akan bahagia hingga ke akhirnya. Kamu akan akan tenang dan akan selalu berharap padanya. Kalu ada masalah, kamu akan mohon padanya dahulu. Baik dan buruk, kamu redha dengan seadanya.



Hari ini seorang muslimat memberitahuku yang dia ditahan polis hampir  setengah jam. Polis itu merampas ic temanku itu. Pelbagai soalan dilontarkan padanya. Dimana rumah kamu? Dimana kamu belajar?  Berapa no telefon kamu?dan macam-macam lagi. Yang paling panas sekali ialah soalan akhir. Sudi tak awak jadi makwe saya? Kalu awak taknak jawab, saya tak bagi ic ni. Dalam kehujanan dan rasa takut, muslimat itu berkata  'ya'.

Malam ni dia luahkan pada ku apa yang terjadi. Tetiba aku rasa nak menangis. Rasa geram dan kecewa dengan tindakan polis itu. Kata muslimat itu, polis itu hensem dan muda gak. Ya allah, apa guna dia memberitahuku perkara ini. Adakah untuk menyakitkan hatiku terhadapnya dan polis itu? Inikah permainan hati?

Bila berfikir sejenak, baru ku sedar tentang keutamaan aku menangis pada malam ni? Perlukah aku menangis kerana apa yang terjadi pada perempuan itu? Semestinya tidak! Lebih baik aku menangis dalam doa dari menangis kerana seorang muslimat.

Terima kasih allah. Ingatkanlah apa yang aku lupa.

No comments:

Post a Comment