26.12.11

GARIS PENAMAT FORM 5


Tamatlah zaman persekolahan,
Ku masih dihantui memori,
Waktu kecil waktu yang gemilang,
Oh Tuhan ku tak mahu pergi. – Hujan

Masihku ingat waktu selepas spm. Lagu yang selalu ku dendangkan waktu tu ialah 21 Guns. Lagu tu mengingatkan aku pada waktu aku bersama kawan-kawan sebelum tamat persekolahan. Minggu exam, kami keluar ke cyber café. Esok nak exam, baru kami buka buku. Waktu petang, ambil angin atas tangki sekolah. Punyalah tinggi sampai boleh Nampak sekitar sekolah. Tangkap gambar buat kenangan. Sampai sekarang aku masih dihantui memori suka dan duka bersama sahabat sebagai nuqaba, BADAR, rakan Briged, ketua bilik dan teman sekelas. Waktu kuasa ditangan, setiap budak dianggap salah. Kami betul, adik salah. Yang salah, kena pukulan tarbiyah. Yang kecil hanya mengiyakan apa saja yang dibuat abang atas nama tarbiyah. Dulu kami pukul/marah adik yang langgar warta disiplin, tapi kini kami seolah2 tiada memori pasal warta. Warta oh warta..
  1. Di masjid pukul 5.30 pagi/ 6.50 petang
  2. Wajib berserban
  3. Salam pada abang2
  4. Salin tazkirah maghrib/subuh

Alahai, hidup yang disulami tarbiyah sejak bangku sekolah. Aku merindui teguran sahabat sebaya. Di sini, tiada yang mahu menegur apabila dirasakan pangkat lebih mulia. Aduh, baru ku sedar jurang yang dicipta tanpa ku sedari. Di sana nanti, masihkan aku dengan pangkat yang sama? Harap2nya tidak. Cukuplah dengan bencana yang dibina olehku disini. Tidak akan ku bawa ke sana. Tuhan, tolong kemudi perjuangan ku.

No comments:

Post a Comment