14.12.11

BAKTI SISWA 2-4 DISEMBER 2011




Ana sertai program anak angkat tahun lepas. Rasa sangat berdebar-debar dan tertanya-tanya siapakah yang akan menjadi keluarga angkatku. Bagaimana keadaan keluarganya? Apa nama panggilan yang aku nak guna? Persoalan itu timbul semasa aku dalam perjalanan menuju ke kampong pandamaran pelabuhan kelang. Najmi, lepas ni kita kena pandai berlakon la. Tunjukkan yang kita ni peramah, baik. Ungkapan yang ku ungkap sewaktu dalam bas. Aku perlu berlakon terlebih dahulu supaya dapat ‘A’ ketika first impression keluarga angkat. Pandangan pertama biasa akan menentukan perjalanan seterusnya. Permulaan yang baik akan disusuli dengan natijah yang baik.

Sampai di kawasan kampong, aku terkejut! Ini bukan kampong seperti yang aku gambarkan. Alamak, ni kawasan perumahan orang kaya. Takkan la aku jadi anak orang kaya lepas ni. Pergh. Selesai solat maghrib, aku bertemu keluarga angkat. Saya panggil ‘umi’ boleh? Panggil je apa yang kamu nak, kata mak angkat. sampai dirumah, aku cuba biasa diri dengan anak umi yang sudah 20an, perempuan. Mak, tergugat iman. Hanya Allah yang mengerti keadaan serba salah dan segan ketika itu. Erk. Wow! Besarnya tv kat dinding tu. Umi kerja apa eh? Umi kerja jual nasi lemak je dengan anak-anak dan si ayah.

Bilik untuk kami sangat luas (saya dan najmi). Dua tilam besar setebal sejengkal. Cukup untuk sorang satu. Umi ingat ada 4 orang nak datang. Bertuahnya kami malam ni. Tidur nyenyak bertemankan kipas. Esoknya aku bangun awal. Baca zikir di pagi hari. Menghidupkan suasana sunyi tanpa suara. Umi sedang bersiap-siap untuk menjual nasi lemak. Ayah turut membantu. Tapi aku? Hanya mendengar. Selesai mandi, ayah suruh pergi ke kedai nasi lemak. Umi suruh pilih nak makan apa. Aku jadi segan. Terpaksalah aku pilih macam-macam lauk dan kuih. Hehe.

Pagi ni aku ada program dengan adik lepasan UPSR. Alangkah indahnya kalu aku berada di rumah menolong umi. Umi, saya terpaksa pergi sebentar. Program yang membosankan. Aku meronda dalam kawasan sekolah lonely. Sempat berbual dengan Guard, cleaner, Orang tua. Tanya pasal keadaan sekolah dan remaja kawasan sekitar. Surau tutup, tiada ruang untuk solat dhuha. Aduh! Tengahari, ziarah orang sambil bawa bekalan makanan. Masa diperuntukkan hanya 10 minit untuk satu rumah. Budak 1st  year banyak buang masa. Tanya bukan-bukan. Ambil masa 20 minit. Aku Tanya straight to the point. Ambil masa 10 minit. Keluarga susah. Anaknya sakit. Sudah bersuami dan ada anak. Makcik pernah minta bantuan kerajaan negeri? Tak pernah. Kenapa tak mohon? Mak cik tak reti la. Erm, camni la, mak cik buat la surat pastu hantar kat pejabat kerjaan negeri. O yeke.

Petangnya, buat pesta sukan di depan pejabat JKKK Pandamaran. Sambutan hangat oleh budak-budak. Orang tua hanya sengih tanpa singgah. Mereka main futsal, aku main Dam. Speaker kuat dipasang. Mengganggu ketenteraman awam. Aku hanya tersenyum dan berfikir sejenak. Tuhan, lidungi aku. Malamnya, mendengar tazkirah di masjid. Penceramah, orang muda. Sambutan dingin. Selesai solat, ada taklimat. Coordinator less disiplin. Tidak penuh kehadiran. Keluar jalan-jalan dengan keluarga angkat. Hampa seketika!

 Esoknya, makan di rumah. Dulu umi, sekarang mak. Mak masak bihun. Sedap, kenyang. Pagi ni explorace. Kami pusing kawasan perumahan. Dari masjid-sekolah rendah-sekolah agama-masjid. Penat dan Bosan.  Mak , saya dah nak balik. Lepas ni exam, saya sibuk. Tak dapat nak datang rasanya. Maafkan saya mak. Terima kasih mak. Baju kemeja Padini, Camel Active, duit saku. Saya terima. Jumpa lagi mak. Saya sayang mak. 

No comments:

Post a Comment