10.7.12

TEKNIK ABASHUJAN

Salam alaik. Aku nak cerita pasal teknik belajar yang diamalkan oleh aku sendiri. Sengaja nak bagitahu. Bukan nak bajet. Ungkapan usaha tangga kejayaan sememangnya sahih. Aku tak pernah amalkan ungkapan ni dalam akademik sejak bangku sekolah lagi. Aku cuma praktikkan dalam kerja dakwah.
Semasa matrikulasi, aku bermula dengan teruk. Aku tercari-cari semangat dan cara untuk belajar. Alhamdulillah aku cuba pelbagai teknik dan CGPA meningkat setiap sem sehingga aku pernah dapat GPA 4.00.. Sambung ijazah, alhamdulillah aku berjaya menemui rentak untuk belajar dan bermula dengan CGPA yang paling tinggi sepanjang aku belajar di UIAM. 

Teknik abas hujan:
  • Baca isi-isi penting dalam buku teks.
  • Tulis isi-isi tersebut atas kertas A4/examination pad dengan marker. Tulis besar-besar.
  • Review balik perkataan-perkataan menarik dalam nota tu. Biasanya perkataan macam ni memudahkan kita ingat balik apa yang ditulis.
  • Tampal kertas tadi di dinding,softboard.
Itulah teknik aku. Nak taknak, kau akan terbaca jugak nota tu bila bangun tidur walaupun kau taknak. Haha..biarlah orang nak kata apa pun. Asalkan aku senang nak hafal nota. Mula-mula aku rasa rugi beli kertas banyak2. Tapi bila dah tahu ada gunanya kertas2 ni, aku tak kesah pun. Kekadang kawan aku pun boleh baca jugak nota tu. Takde masa aku nak mengajar kawan. Tetamu bukan untuk diajar tapi untuk dilayan.. Lepas usaha, kalau tak ingat jugak, tawakal lar wei. Kau dah tahu, tapi tak sedar.

2 comments:

  1. Seriously...tersentap...bukan apa...pernah jugak nak buat cam cara nta ni...tp rase mcm x cukup masa nk buat...nak membaca pun tak sempat habis...aduh...tq2..nak cuba buat la sem depan...i.Allah..terima kasih kawan atas exposure ni...

    ~budak tension~

    ReplyDelete
  2. ambo pun takde masa khusus untuk buat benda ni. Buat ketika masa lapang jer. Kalu reti kurangkan buat benda ngarut sem depan, insyaAllah dapat banyak masa lapang.

    -aku kenal. tengok susunan ayat pun dah tahu Dr-

    ReplyDelete