30.7.12

MULUT ORANG


Hari ni ku buka youtube untuk dengar ceramah pensyarahku ustaz maszlee malik. Kemudian terdetik untuk ku mencari video almarhum ustaz yahaya uthman. Dia pernah bagi pesanan padaku, 

 
“ keno didik mad’u supaya pandai baca quran. Perbetulkan bacaan mereka. Apabila pandai agama, mereka boleh jadi imam di masjid. Sebesar mana pun pangkat manusia hatta raja pun, tetap kena ikut imam ketika solat.”

Melihat pada jasad nya yang uzur tapi masih bersemangat membuatkan aku rasa lebih yakin untuk bersama dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya. Makin bertenaga untukku buat usrah. Kawanku pernah berpesan semasa tingkatan 3,

 
“ menjadi nakib, kita kena korban 3 perkara: masa, wang, air mata.”

Aku pegang kekata ni sampai sekarang. Kekadang ahli usrah buat hal. Pernah sekali diorang baling objek kat kumpulan muslimat yang berbuat bising di malam hari tatkala mereka melewati belakang blog kami. Agak kelakar bunyinya tapi peristiwa itulah yang menyebabkan ak dituduh tak pandai jaga bebudak. Alahai nak menangis rasanya. * memang patut pun mereka kena camtu. Sape suruh buat bising.

2 comments: