22.8.12

BERTINDAK DITEMPATNYA


Ada 2 orang pekerja yang hidup didaerah yang sama sejak 20 tahun yang lalu dan mempunyai pekerjaan yang sama. Mereka selalu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas hampir berjam lamanya semasa pergi kerja. Bila ditanya apa perasaan si A semasa jem, dia kata
“Aku dah bosan giler hidup kat daerah ni. Jem dari dulu lagi. Aku tak tahu la bila benda ni nak berakhir.”
Bila ditanya pada si B yang turut mengalami jem teruk yang sama, beliau menjawab,
“Saya tak risau pun dengan kesesakan  lalulintas. Saya dah sediakan beberapa buah buku untuk dibaca dan beberapa kaset untuk dipasang semasa jem. Saya tak perlu risau pun.”
Lihat, mereka mengalami nasib yang sama tapi mengambil tindakan yang berbeza. Setiap tindakan yang diambil akan memberi impak pada hidup. Jadi, sila cermat ketika bertindak dan jangan boros ketika bercakap.

1 comment: