20.9.11

IBRAH MUSA & FIRAUN



Salam alaik sahabat/biah sekalian..
Selepas diteliti dan diperhati dengan mata hati dan pandangan sosio, factor utama mahasiswa takut untuk terlibat dengan PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 pada 9 julai yang lalu adalah disebabkan takut dengan tindakan admin yang mengancam dengan Akta University Dan Kolej University (AUKU). Antara isi AUKU ialah melarang samasekali mahasiswa@pelajar terlibat dengan mana2 parti politik sama ada didalam mahupun diluar kampus. Ana melihat akta ini sememangnya memberi impak yang besar pada pelajar di semua kampus. Namun begitu masih ada lagi yang berani bersuara untuk melawan AKTA ini. Beberapa soalan dilontarkan untuk mencari cara bagaimana untuk bergerak aktif didalam kampus walaupun kita sedia maklum bahawa mata2 gelap sentiasa ada di mana2 sahaja. Bagi ana, jawapannya mudah: kita kena mengambil ibrah dari kisah Musa dan Firaun.
Musa berada dalam jagaan Firaun sejak dari kecil lagi. Beliau dijaga dan ditarbiyah sehinggalah beliau cukup matang untuk melawan Firaun. Begitulah sikap yang perlu diteliti oleh mahasiswa. Kita kena merelakan diri kita ditarbiyah oleh system university walaupun kita mengerti bahawa system di kampus kebanyakannya mengarut dan menjurus ke arah materialistic. Kita kena sedar bahawasanya kita masih belum cukup berilmu untuk mengubah 100% system yang ada tapi kita kena belajar mengubah sedikit demi sedikit. Bagaimanakah caranya? Kamu mesti menyertai persatuan@ pertubuhan yang bermain dengan undang2. Firaun ditegur egonya oleh Musa ketika kecil yang telah menarik janggut Firaun. Firaun terbukti marah dengan tindakan itu. Dia menyediakan emas & bara api untuk Musa. Jika memilih emas, maka dibunuhnya. Dengan pertolongan Allah, dihantar malaikat untuk memandu tangan Musa supaya mengambil bara api. Pertolongan Allah nyata disitu sebagai tanda kemenangan bagi kebenaran. Berbalik kepada isu mahasiswa, sbg pelajar kita perlu menegur perbuatan pihak pentadbiran dengan strategi yang baik. Kiranya mereka ingin mengambil tindakan terhadap kamu, maka ingatlah bahawa Allah bersama orang2 yang benar (seperti kisah Musa). Jgn takut jgn segan.. ingatlah: untuk melihat bintang, kita perlu kepada kegelapan..

No comments:

Post a Comment