11.9.11

MENUJU YB


Ana melihat ramai pelajar kampus pada hari ini bercakap2 pasal semangat jihad dan dakwah.
Ini menunjukkan bahawa islamisasi sedang berlaku dinegara kita. Anak muda sudah berani untuk bangkit dan bersuara mengatakan kebenaran. Isu ini merupakan perkara yang amat membanggakan diri dan masyarakat sekeliling kerana para pelajar masih lagi boleh berdiri dengan pendirian walaupun diacu dengan AUKU.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah setakat mana penglibatan para pelajar dalam aktiviti masyarakat disamping menyampaikan agenda agama yang mahu dibawa oleh mereka? Ungkapan ‘pergerakan dirahsiakan, dakwah dizahirkan’ cukup liar bermain di telinga ini sehinggakan menimbulkan tanda tanya dan pelbagai persoalan yang kadang kala amat lucu dan kadang kala amat membimbangkan. Pelajar ingin menyebarkan dakwah pada masyarakat kampus khususnya tapi langsung tidak terlibat dengan program anjuran kampus. Pada masa yang sama ,mereka ingin dakwah mereka dikenali.
Para pelajar perlu ambil tahu berkenaan keterlibatan meraka di peringkat kampus.
Ramai pelajar yang menyerlah diluar kampus sehinggakan ada yang diangkat sebagai ketua sesebuah gerakan/persatuan tetapi sunyi apabila berada dikampus pengajian. Para daie perlu tahu bahawa ramai lagi pelajar yang memerlukan pencerahan dari anda. Mereka hanya menunggu masa untuk dipanggil ke medan jihad sahaja. Ana berbicara bukan atas dasar mengkritik tapi mahu menegur dan memberi saranan penambahbaikan.
Perwakilan pelajar perlu turun ke tempat2 tumpuan pelajar seperti padang bola, cafe, dorm, dan masjid. Di padang bola, anda boleh berinteraksi dengan cara bermain bersama2. Ini permulaan yang simple tapi akan dapat mengikat hati saranan dakwah kita. Di cafe, anda boleh cuba mendekati mereka dengan cara makan 1 meja. Jangan bercakap terlalu banyak tapi banyakkan mendengar. Di dorm, biasakan ziarah rakan2 yang terdekat. Masoklah ke bilik kawan2 rapat anda dan carilah kenalan2 baru bagi memudahkan anda menyampaikan dakwah. Yang paling mudah, dekati masyarakat kampus di masjid@surau. Tapi, yang menjadi fenomena sekarang ialah daie TERLALU malas untuk ke masjid. Ini merupakan 1 kerugian kerana tempat2 beginilah tumpuan budak2 di mana2 kampus pon. 

2 comments:

  1. bagus2!! selamat menulis... gunakan ini sebagai platform tambahan utk berdkwah..

    erm.. nak komen sikit.. =D,, susah la nak baca tulisan tu.. letaklah transparent ke,,, bru seng ore nak bca...

    ReplyDelete