22.7.13

DOA

kalau nak Tuhan bersamamu ketika susah, banyakkan berdoa ketika senang. luangkan masa beberapa minit dalam sehari untuk kita bersendirian mengadu pada Tuhan. duduk bermuhasabah dan istighfar. sesetengah orang mungkin kurang berdoa sebab doa-doa mereka yang dulu masih belum termakbul.  kena ingat, walaupun doa itu tidak makbul, tapi doa yang kita ucapkan masih dikira sebagai amalan. boleh jadi doa itu makbul kemudian hari ataupun penyelamat diri kita di akhirat sana. 

sebenarnya masih banyak doa-doa yang ma'thur directly dari Rasulullah yang kita belum tahu. sebaiknya kita menghayati bait-bait doa yang dilafaz dan dihafaz supaya benda tu meresap ke dalam hati. ada yang menangis kerana doa. 

manusia tidak boleh lari dari sifat dengki sesama mereka. kekadang ada yang sanggup mendoakan benda buruk kepada rakan gara-gara hasad dan dengki. bagi saya, apabila berhadapan dengan situasi ni, maka istighfarlah. 


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا  يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا  وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
"Maka aku katakan kepada mereka, 'Ber-istighfar-lah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirmkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Qs. an-Nuh: 10-12).
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ
"Dan hendaklah kamu ber-istighfar kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadanya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (Qs. Huud: 3).

No comments:

Post a Comment