22.7.13

TELUR ITIK

pernah sekali semasa aku sekolah rendah, mak dan ayah balik kampung dan tinggallah aku dan adik lelaki kat rumah. kami dididik untuk belajar masak sendiri. 

menjelang waktu malam, adik terasa lapar lalu dia menggoreng telur itik yang diletakkan dalam peti sejuk. aku terkejut dengan tindakannya aku 'meng-tongsampah-kan' telur yang baru siap digoreng tuh. pada anggapan aku ketika itu, telur itik mempunyai racun dan tak  boleh dimakan. 

adik menangis teresak-esak dan mengugut untuk beritahu mak. aku tak kesah kerana merasakan tindakan ku tadi telah menyelamatkan nyawanya. tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

beberapa jam selepas kejadian tersebut, mak dan ayah sampai ke rumah lalu aku menceritakan hal tersebut. akibatnya, aku dimarahi oleh ibu kerana dituduh membazir telur yang mahal. 

bermula saat itu, baru ku tahu telur itik boleh dimakan sedangkan tidak pernah ku perasan telur masin pun berasal dari telur itik. 

No comments:

Post a Comment