25.7.13

Ramadhan, please change me.


16 Ramadhan 1434H

After having 15 days without any targets, I realize something must be fulfilling before Syawal is coming soon. First 15 days in Ramadhan, I waste a lot of time with unbeneficial activities like facebooking, conversation, and lack of focus in Salah etc. I must take several steps to change my attitude to be a good Muslim. I try to list some of the Taklifat even though I can’t fulfill 100%.

  • Read Quran at least 4 pages/day.
  • Tahajjud
  • Istighfar
  • Read 1 book/week
  • Limit the comment


After been selected as a program manager for LAMEGA 13’, I have to arrange my timetable. Now, I get new position for SRC AGM. As a catering and I have to rush to KL for the 1st meeting. Hopefully this Ramadhan can avoid me from unnatural thinking. I suffer a lot pain because of it. L

24.7.13

on my way



I think I must stop from do it. It takes a lot sacrifice to stop it. I have to spend my time to be alone for a while after salah. I try to search for short cut but it is no easy. I face many pains to stop it. Listen to tazkirah, fasting and patient makes me slowly towards the vision. Hopefully my journey is safe. I love Allah.

22.7.13

TELUR ITIK

pernah sekali semasa aku sekolah rendah, mak dan ayah balik kampung dan tinggallah aku dan adik lelaki kat rumah. kami dididik untuk belajar masak sendiri. 

menjelang waktu malam, adik terasa lapar lalu dia menggoreng telur itik yang diletakkan dalam peti sejuk. aku terkejut dengan tindakannya aku 'meng-tongsampah-kan' telur yang baru siap digoreng tuh. pada anggapan aku ketika itu, telur itik mempunyai racun dan tak  boleh dimakan. 

adik menangis teresak-esak dan mengugut untuk beritahu mak. aku tak kesah kerana merasakan tindakan ku tadi telah menyelamatkan nyawanya. tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

beberapa jam selepas kejadian tersebut, mak dan ayah sampai ke rumah lalu aku menceritakan hal tersebut. akibatnya, aku dimarahi oleh ibu kerana dituduh membazir telur yang mahal. 

bermula saat itu, baru ku tahu telur itik boleh dimakan sedangkan tidak pernah ku perasan telur masin pun berasal dari telur itik. 

DOA

kalau nak Tuhan bersamamu ketika susah, banyakkan berdoa ketika senang. luangkan masa beberapa minit dalam sehari untuk kita bersendirian mengadu pada Tuhan. duduk bermuhasabah dan istighfar. sesetengah orang mungkin kurang berdoa sebab doa-doa mereka yang dulu masih belum termakbul.  kena ingat, walaupun doa itu tidak makbul, tapi doa yang kita ucapkan masih dikira sebagai amalan. boleh jadi doa itu makbul kemudian hari ataupun penyelamat diri kita di akhirat sana. 

sebenarnya masih banyak doa-doa yang ma'thur directly dari Rasulullah yang kita belum tahu. sebaiknya kita menghayati bait-bait doa yang dilafaz dan dihafaz supaya benda tu meresap ke dalam hati. ada yang menangis kerana doa. 

manusia tidak boleh lari dari sifat dengki sesama mereka. kekadang ada yang sanggup mendoakan benda buruk kepada rakan gara-gara hasad dan dengki. bagi saya, apabila berhadapan dengan situasi ni, maka istighfarlah. 


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا  يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا  وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
"Maka aku katakan kepada mereka, 'Ber-istighfar-lah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirmkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Qs. an-Nuh: 10-12).
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ
"Dan hendaklah kamu ber-istighfar kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadanya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (Qs. Huud: 3).

21.7.13

PERANG KHANDAK

abdullah bin ubai memainkan peranan penting dalam memujuk tentera islam supaya tidak turut serta bersama Nabi Muhammad untuk menggali parit. usaha ini tidak berhasil kerana tentera islam yakin dengan Nabi. 

huyay dan abu sufian bin harb banyak membuat pakatan dengan kabilah lain untuk menyerang madinah. perang ini berlaku selepas bani nadhir dihalau keluar dari madinah kerana pengkhianatan mereka. tinggallah mereka di lembah bukit dan mati akibat wabak penyakit. bani quraizah dipujuk oleh huyay dengan alasan yang sama. akibat termakan dengan pujukan, sanggup mereka berpaling tadah walaupun sudah mengikat perjanjian bersama rasulullah untuk sama2 mempertahankan madinah jika diserang. 

didalam buku ni banyak menerangkan sifat orang munafik yang tidak mahu bekerja untuk islam dan hanya pandai berkata-kata. 

SABAR

manusia memang takleh lari dari dengki kepada saudaranya. saya sendiri pun begitu. kekadang dengki melihat orang tu bahagia bercinta cintun. di luar sana, bergegar ucapannya supaya jaga hati, tapi bila berhadapan dengan situasi yang sama, dia tewas. ak nak berhujah tapi ak taknak bermati hujah di depannya nanti. 

rasanya diam lebih baik. semakin banyak bercakap, semakin banyak dosa dan nerakalah tempatnya. aku sudah mula berputus asa dan rasanya diam itu lebih baik. perhatikan je la apa yang dia buat. sebenarnya masa sudah tiba untuk ku berdiam diri dengan benda camni dan kembali kepada perangai dulu. 

fokus kepada Lamega lagi bagus. 

18.7.13

PRACTICE MAKES PERFECT

Minggu pertama saya pergi pejabat pos untuk buat AR Berdaftar. Kerana pertama kali, saya mintak tunjuk ajar pekerja pos. Banyak kesalahan saya buat dan kerap ditegur.

Minggu kedua saya pergi lagi sekali untuk buat AR Berdaftar. Kali ni kena tegur lagi sebab lupa letak alamat firma.

Minggu ketiga saya pergi sekali lagi. Tekad kali ni taknak buat sebarang kesilapan. Alhamdulillah semuanya baik dan tiada teguran. Dengan itu saya lebih yakin dengan frasa ‘practices make perfect’. 

9.7.13

MEMOIR MEMALI

buku ni memang ceritakan satu persatu kisah perjuangan ustaz ibrahim libya mempertahankan fikrah islam di Memali, Kedah. dia sanggup lepaskan jawatan bergaji besar semata-mata nak turun mengajarkan orang kampung tentang Islam. pengorbanannya membuatkan kita (yang selalu mengejar harta)  sayu dan insaf. 

WABAK SEPANJANG JALAN

buku ini juga merupakan salah satu bekalan bagi orang yang ingin bergelar pendakwah. buku ini memberi banyak input tentang masalah yang dihadapi oleh pendokong dakwah. kebanyakan masalah berpunca dari diri sendiri. baca la kalu nak kenal siapa diri anda. 


FIQH DAKWAH

buku ini memang sangat tua. aku beli dengan harga murah sbb buku dah kuning. menceritakan satu persatu tentang dakwah bermula persiapannya, halangannya dan pedoman directly dari alquran dan alhadith. sesape yang rasa nak terjun dalam bidang dakwah, baca lah buku ni sebagai panduan sebelum anda jadi daie yang tertipu.

DINGIN SALJU INDIANA

ini la novel pertama yang aku habis baca. aku beli sebab terkesan dengan cerita dingin cinta lavenda (adaptasi novel ni). cerita dia start masa aku mula nak sambung degree.  akibat nak sangat tahu apa yang berlaku, mmg aku beli la. kisah tentang  anak kampung yang sambung belajar di negara asing. memang kena dengan situasi aku masa tu. haha


KESALAHAN SEDEKAH YANG MEMBUATMU TIDAK KAYA

ini buku terjemahan dari karya indonesia. biasalah kalau berbelit bahasanya. sedekah tak semestinya dengan harta. hadis nabi menyebut tentang bertasbih, bertahmid, membuang halangan di jalan, bersetubuh dengan isteri, mendamaikan orang berselisih turut termasuk dalam bersedekah. "tidak berkurang harta seorang hamba kerana disedekahkan"    (HR Tarmizi)

3.7.13

ALI THE GLORIOUS

bahagian pertama buku ini banyak menghuraikan tentang peranan Ali semasa pemerintahan Abu Bakar dan Umar. masuk pertengahan, bercerita tentang Uthman sehinggalah beliau meninggal. kalau baca sekali memang akan tidur. huraian tentang peristiwa  pembunuhan Uthman sememangnya menyayat hati. gambaran terhadap sikap sahabat sedikit sebanyak boleh membuatkan para pembaca junior salah faham terhadap sahabat. hati-hati ye awak.

FITNAH TERHADAP SAHABAT RASULULLAH

buku ni penuh dengan fakta sejarah tentang peristiwa Tahkim, Perang Jamal, Perang Siffin. sememangnya Syiah banyak memutarbelitkan fakta. setelah baca buku ini, baru saya sedar kepentingan mengetahui sumber sebelum memetiknya.