20.10.11

MEGAMIND


Pengajaran:
  1. Superhero ialah dicipta bukan dilahirkan. Ini terbukti apabila Megamind tidak dilahirkan untuk menjadi superhero tetapi menjadi penjahat. Dia dididik di penjara lalu menjadi jahat. Selepas kematian Metroman, tanggungjawab untuk menghapuskan Tighten terletak pada tangannya. Lalu dia berubah drpd jahat kepada baik dengan membetulkan sikapnya yang asal.
  2. 'Melebihkan percintaan' ketika sedang merancang akan merencatkan gerak kerja sekaligus merenggangkan hubungan persahabatan. Ini dapat dilihat melalui sikap Megamind yang jatuh cinta pada Roxanne ketika mereka (Minion dan Megamind) sedang merancang untuk mencipta Tighten. Dia sanggup keluar bersama Roxanne dan meninggalkan Minion bersendirian di markas.
  3. Sejahat manapun penjahat, pastinya ada sedikit kebaikan dalam lubuk hati mereka. Megamind berusaha menewaskan Metroman sehinggalah dia berjaya. Selepas Metroman tiada, barulah Megamind sedar. Apalah gunanya berbuat jahat seandainya tiada yang ingin melawannya. Lalu dia mencipta Tighten untuk menjadi cabaran baru baginya.

No comments:

Post a Comment