20.10.11

SEMBUNYIKAN RASA ITU


Aku memahami  perasaan itu. Perasaan sedih dikala berlaku perpisahan. Aku mengerti perasaan itu. Sudah banyak perpisahan yang berlaku selepas pertemuan. Aku sayang pada mereka. Aku kasih pada mereka. Kenapa sukar untukku luahkan perasaan ini. Sampai bila harus ku simpan perasaan ini. Ya rabbi. Ingin sekali ku luahkan perasaan kasih dan sayangku pada mereka tapi semua itu hanyalah menjadi mimpi apabila berdepan peluang dan reality. Aku tak mahu mendengar hatiku merintih di depan mereka. Cukuplah kau saja yang mengetahui sebak dan duka ini. Aku mencari teman yang bisa dikongsi perasaan ini. Aku tak sanggup menangis di depan sahabat2ku ya Allah. Aku tak mahu dianggap lemah. Biarlah pemergianku ini tidak ditangisi mereka. Luputkan ingatan mereka terhadapku dan kekalkan memori mereka dalam ingatanku. Naikkanlah pengganti yang sesuai agar urusan mereka tidak bermasalah. Diri ini kecewa kerana meninggalkan pelbagai unsettlement kerja, problem berangkai dan menjadi trouble maker pada mereka. Coretanku ini ku tulis untuk sahabat2 seperjuanganku..

No comments:

Post a Comment